Kami berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi seperti berikut:
Memberi layanan yang mesra dan segera kepada semua pelanggan pada bila - bila masa. Jika pelanggan berkenaan datang tanpa temujanji, kami akan memastikan pelanggan tersebut mendapat layanan dengan seberapa segera yang boleh.
Bersedia memberi taklimat mengenai pelaksanaan pembangunan negara pada bila - bila masa kepada 'stakeholders', jawatankuasa tertentu dan pelawat kenamaan sebaik sahaja menerima notis yang mencukupi.
Mengambil tindakan segera ke atas semua aduan awam denganmemulakan langkah membuat siasatan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari setelah aduan diterima.
Membekal maklumat tertentu dalam masa yang berpatutan dari pangkalan data yang telah dibangunkan seperti berikut:
Analisis prestasi kewangan projek pembangunan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dalam tempoh sehari.
Laporan suku tahunan prestasi pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dalam tempoh lima minggu berakhirnya suku tahun berkenaan.
Laporan prestasi projek utama dan projek khas kepada YAB Perdana Menteri setiap dua bulan kecuali tiada perubahan.
Mengenalpasti projek yang bermasalah di peringkat awal pelaksanaannya dan membuat tindakan 'intervention' yang sesuai untuk mengatasinya atau sekurang - kurangnya mengurangkan 'short- fall' dalam prestasi kewangan projek berkenaan.
Membuat tindakan susulan melalui mesyuarat pagi yang diadakan setiap minggu mengenai semua keputusan kabinet, Majlis Pembangunan Negeri, Jawatankuasa Kabinet dan Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang di bawah tanggungjawab ICU,JPM.
Menyediakan baucer pembayaran dalam tempoh tidak melebihi 10 hari daripada tarikh bil diterima secara lengkap.
Jika atas sebab - sebab tertentu kami tidak dapat menunaikan tanggungjawab dalam tempoh yang dijanjikan di atas, kami akan dengan serta merta memberi jaminan kepada pelanggan untuk melaksanakannya dalam masa yang dipersetujui
hyperlink
kenali johor
Paparan terbaik resolusi 1024 x 768 menggunakan Internet Explorer 5.0++ dan Netscape Navigator 6.0++