Pemantauan & Penilaian

FUNGSI DAN TUGAS

  1. Menjadi urusetia kepada jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah  Arahan No. 1, 2010 Majlis Tindakan Negara dan Mesyuarat-mesyuarat  Utama di peringkat negeri seperti Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) yang dipengerusikan Y.A.B. Menteri Besar Johor dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) yang dipengerusikan Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor. 

  2. Menyelaras, memantau, dan mengambil tindakan intrevensi membantu Jabatan/Agensi menyelesaikan isu/masalah dalam pelaksanaan Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di negeri Johor, dan memastikan projek disiapkan mengikut perancangan. 

  3. Memperkukuhkan penggunaan Sistem Pemantauan Projek (SPP II) di kalangan Jabatan/Agensi di peringkat negeri dan Pejabat-Pejabat Daerah. 

  4. Menyelaras pembudayaan pelaksanaan kajian penilaian outcome di kalangan Jabatan/Agensi di peringkat negeri bagi projek-projek pembangunan utama dan berkepentingan nasional di bawah RMLT. 

    

STRATEGI

  •  Pemantapan dan pengukuhan pemantauan projek secara lebih berkesan.

  •  Pemantapan dan pengukuhan ingriti data SPP II.

  •  Pemantapan budaya penilaian outcome.

  • Pemantapan pelaksanaan Arahan No.1, 2010 Majlis Tindakan Negara