Perutusan SDO Johor

 Assalammualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan Salam Sejahtera,

Laman Sesawang Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor (SDO Johor) dibangun dan   diuruskan secara berterusan sebagai satu pintu maya untuk warga kerja , pelanggan SDO Johor serta rakyat umum berinteraksi secara terus dalam pelbagai urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan teras (core business)  iaitu menyelaras, melaksana dan memantau program, projek serta aktiviti pembangunan kerajaan demi kemajuan negeri Johor dan kesejahteraan hidup rakyat secara keseluruhannya.

Teknologi maklumat sudah menjadi satu catalyst  membantu mempercepatkan lagi proses penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Sewajarnya ia sentiasa dikemaskini, dipermudah dan diperkayakan dengan pelbagai informasi bernilai, sahih dan berintegriti untuk faedah pelayar-pelayar yang mengunjungi laman sesawang SDO Johor.

SDO Johor sebagai sebuah organisasi strategik akan berusaha untuk memastikan fungsi utama dan sokongannya dilaksanakan dengan cemerlang dan akan memberikan impak besar kepada pencapaian agenda pembangunan negeri Johor dan negara.

Kami komited untuk melaksanakan amanah ini dengan cekap dan berintegriti.

Selamat melayari laman sesawang SDO Johor dan kami sentiasa meraikan cadangan-cadangan membina dan maklumbalas pelanggan untuk menambahbaik lagi fungsi laman sesawang SDO Johor ini.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Pembangunan Persekutuan
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri.