Fungsi Utama

FUNGSI

  • Mengesan dan menilai Dasar Wawasan Negara. 

  • Menyelaras peruntukan khas Y.B. Perdana Menteri, Y.B Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Persekutuan, Senator dan Ahli Parlimen.

  • Menyalur maklumat berhubung dengan dasar dan program kerajaan persekutuan dari masa ke semasa ke peringkat negeri.

  • Menjadi urusetia Majlis Tindakan Negeri Johor (MTNg) dan Jawatankuasa Tindakan Negeri Johor (JKTNg).

  • Mengesan dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan projek pembangunan nasional di peringkat negeri.

  • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program Pembasmian Kemiskinan di Negeri Johor. 
  • Menjadi pengerusi dan urusetia Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri Johor bagi projek - projek yang bernilai kurang dari RM20 juta.

  • Menjalin hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan daerah dan negeri.

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek - projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) peringkat negeri Johor.

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek - projek Kementerian Kewangan di peringkat negeri Johor.