MAJLIS PERASMIAN JAJARAN JALAN PERSEKUTUAN DI KOMPLEKS PETROLEUM BERSEPADU PENGERANG, JOHOR

Pada 26 September 2019, Majlis Perasmian Jajaran Jalan Persekutuan Di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang, Johor telah disempurnakan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya dan YAB Dato’ Dr. Sahruddin Bin Jamal, Menteri Besar Johor

 

Jajaran jalan di PIPC sepanjang 23.8km dibahagikan kepada empat pakej dengan kos keseluruhan diluluskan sebanyak RM1.139 bilion. Semua pakej ini giat dilaksanakan bermula pada bulan Jun 2016 dan telah siap secara berperingkat sehingga September 2019.

 

Jajaran jalan di sepanjang Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur sokongan bermutu tinggi kepada hub industri pemprosesan minyak terutamanya kepada penggiat industri serta penduduk di Negeri Johor serta dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan sedia ada terutamanya pada waktu puncak.