MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI RENGIT DAN SEBANA COVE DI PENGERANG

 

Majlis Penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Rengit (Kategori B) dan Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove (Kategori C) oleh Pasukan Projek Khas Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, telah berlangsung pada 3 September, 2019.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Yahaya Madis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Johor. Turut hadir, Setiausaha Pembangunan dan Pelaksanaan Projek di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kamaruzaman Umar.

 

Pelaksanaan pembinaan balai bomba ini secara tidak langsung dapat membantu bomba untuk memendekkan masa ke tempat kecemasan sama ada di kawasan perindustrian di Pengerang dan kawasan sekitar dan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.