PROGRAM ZIARAH KASIH eKASIH TAHUN 2019 / 1440H NEGERI JOHOR

Pejabat Pembangunan Negeri Johor (PPNJ) telah mengadakan Program Ziarah Kasih yang dilaksanakan secara Mobile Team bersama Pejabat Daerah melalui pengagihan Bakul Makanan (food basket) kepada peserta eKasih yang terpilih. Peruntukan program ini merupakan sumbangan daripada Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sebagai  Corporate Social Responsibility (CSR) dalam membantu golongan miskin. Negeri Johor telah diberikan kuota seramai 30 peserta dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 5000.00.

Berikut adalah jumlah penerima mengikut daerah:

a)      Tangkak – 2 peserta

b)      Pontian – 5 peserta

c)      Johor Bahru – 5 peserta

d)      Segamat – 6 peserta

e)      Kota Tinggi – 7 peserta

f)      Batu Pahat – 5 peserta