PROGRAM KASIH RAMADHAN PESERTA eKASIH TAHUN 2019 / 1440H NEGERI JOHOR

Pejabat Pembangunan Negeri Johor (PPNJ) telah mengadakan Program Kasih Ramadhan yang dilaksanakan secara Mobile Team melalui pengagihan Bakul Makanan (food basket) kepada peserta eKasih yang terpilih. Peruntukan program ini merupakan sumbangan daripada Bank Muamalat sebagai  Corporate Social Responsibility (CSR) dalam membantu golongan miskin untuk membuat persiapan menjelang hari raya. Negeri Johor telah diberikan kuota seramai 25 peserta dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 5000.00. 

Berikut adalah jumlah penerima setiap daerah:

a) Kulai – 2 peserta

b) Kluang – 2 peserta

c) Muar – 3 peserta

d) Tangkak – 2 peserta

e) Pontian – 3 peserta

f) Johor Bahru – 3 peserta

g) Segamat – 2 peserta

h) Batu Pahat – 3 peserta

i) Mersing – 3 peserta

j) Kota Tinggi – 2 peserta

Program Kasih Ramadhan telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan Pengarah PPNJ, Bank Muamalat sebagai penyumbang utama, Pejabat Daerah, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pegawai Daerah Tangkak antara yang turut serta menjayakan lawatan program ini.