PROGRAM TASK FORCE PENDAFTARAN PESERTA CARUMAN SUKARELA SURI (I-SURI), NEGERI JOHOR

Tarikh : 16, 23, 24, 30 dan 31 Januari 2019
Tempat : Daerah Kota Tinggi, Segamat, Pontian dan Batu Pahat

i-SURI merupakan salah satu 10 janji Manifesto 100 Hari Kerajaan iaitu melaksanan Skim KWSP untuk suri rumah. 
Skim ini diperkenalkan untuk menjamin kebajikan kaum ibu terjaga dan mereka mempunyai simpanan jangka panjang bagi persediaan hari tua mereka.
i-SURI merupakan caruman sukarela sekurang-kurangnya RM5 sebulan dan akan menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan @ RM480 setahun yang akan dikreditkan ke dalam akaun 1 & 2 ahli.
Program ini bertujuan bagi mengenal pasti peserta eKasih yang terpilih dan layak untuk berdaftar i-Suri dan seterusnya mencarum di KWSP.
Selain itu, program ini juga dilaksanakan bagi memastikan senarai eKasih khususnya di Negeri Johor menerima manfaat dalam program Kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mempunyai tabungan yang menjamin masa depan keluarga.
Pada bulan Januari 2019,  sebanyak 4 daerah telah melaksanakan Program Task Force Pendaftaran Peserta Caruman Sukarela Suri (i-Suri). Daerah yang terlibat adalah:
1.       Kota Tinggi – 16 Januari 2019
2.       Segamat – 23 dan 24 Januari 2019
3.       Pontian – 23 dan 24 Januari 2019 
4.       Batu Pahat – 30 dan 31 Januari 2019