LAWATAN PENARAFAN SCORE/MCORE USAHAWAN SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) BAGI TAHUN 2018

TARIKH : 6 September 2018
TEMPAT : Daerah Kulai

Pada 6 September 2018, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor serta wakil SME Corp Johor, wakil Pejabat Daerah Kulai dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor telah mengadakan satu lawatan penilaian SCORE/MCORE bagi pencalonan syarikat usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Daerah Kulai.

Lawatan melibatkan empat premis usahawan yang telah dipilih oleh Pejabat Daerah Kulai. Usahawan yang terlibat ialah Imas Food Enterprise (Roti dan Makanan Sejuk Beku) dan Tag Georonnie (Pembuatan Kasut) yang terletak di Taman Putri, Kulai. Seterusnya ialah Kedai Roti & Kek Al-Fayyad dan Anak Bapak Enterprise (Perusahaan Keropok Lekor) yang terletak di Taman Muhibbah, Saleng.