PROGRAM SESI DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50) YBHG. TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA-SAMA PENJAWAT AWAM DI JOHOR

Tarikh: 12 November 2017 (Ahad)
Tempat: Pinewood Iskandar Malaysia Studios

Program Sesi Dialog TN50 bersama YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah diadakan di Negeri Johor bersama hampir seramai 2700 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan. Sesi ini yang disertai YBrs. Dato' Hj. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor turut menerangkan perancangan kerajaan Negeri Johor agar ianya seiring dengan aspirasi Kerajaan Pusat ke arah TN50.