WORKCAMP PEMANTAPAN BAHAGIAN KESEJAHTERAAN RAKYAT ZON SELATAN TAHUN 2017

Tarikh : 29 Hingga 31 Oktober 2017 (Ahad Hingga Selasa)
Tempat :  Institut Latihan FAMA Port Dickson

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri di Zon Selatan telah melaksanakan satu Workcamp Pemantapan Bahagian Kesejahteraan Rakyat bagi Tahun 2017 di Institut Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Workcamp ini melibatkan tiga negeri iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Melaka dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sembilan yang diadakan pada 29 hingga 31 Oktober 2017. 
Workcamp ini bertujuan untuk :

1. Memantapkan kaedah pelaksanaan proses pemutihan dan proses verifikasi e-Kasih mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Bahagian kesejahteraan Rakyat, ICU JPM;
2. Memberi pendedahan terhadap dasar-dasar kerajaan dan program bantuan yang disediakan oleh kementerian / Jabatan / Agensi Pemberi Bantuan di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan; 
3. Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap kakitangan ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan; dan
4. Melahirkan pekerja yang berdedikasi dan komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.