MAJLIS PENUTUP PROGRAM TOUCH POINT BAIK PULIH RUMAH DI KAMPUNG PT. BANYUMAS, PT. YAANI (SRI GADING)

Tarikh: 29 September 2017 (Sabtu)
Tempat: Kampung Pt. Banyumas, Pt. Yaani (Parlimen Sri Gading)

Ulasan: Majlis Penutup Program Touch Point Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong Tahun 2017 di Parlimen Sri Gading, Batu Pahat

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor (SDO Johor) bertindak selaku penyelaras Program Touch Point Baik Pulih Rumah secara Gotong Royong bagi Negeri Johor Tahun 2017.

Majlis penutup Program Baik Pulih Rumah secara gotong royong ini telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Sri Gading, YB Datuk Aziz Kaprawi merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, selain penglibatan wakil SDO Johor selaku penyelaras, wakil Pejabat Daerah Batu Pahat, pemimpin tempatan, penduduk kampung dan sukarelawan dari Institut Perguruan Batu Pahat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan tentera Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Pada 23 september 2017, telah bermula pelaksanaan aktiviti gotong royong di Parlimen Sri Gading yang melibatkan 14 buah rumah keseluruhannya. Walau bagaimanapun bagi majlis penutup untuk aktiviti gotong royong ini telah dilaksanakan di dua buah rumah di kampung Pt. Banyumas, Pt. Yaani. Rumah pertama yang terlibat dengan aktiviti gotong royong ini adalah rumah Puan Buyam Binti Ahmad dan lokasi kedua adalah di rumah Encik Adnan bin Surip .