LAWATAN ‘FLYING SQUAD’ SDSI DAN PENILAIAN MCORE DAN SCORE BAGI DAERAH KLUANG

Tarikh: 30 Mac 2017 (Khamis)
Tempat: Simpang Renggam dan Taman Kiaramas, Kluang Johor
Ulasan: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor telah dijemput untuk bersama-sama dalam lawatan Flying Squad SDSI (satu       daerah satu industri) dan penilaian MCORE dan SCORE oleh pihak SME Corp kepada usahawan yang terpilih di Daerah Kluang
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenalpasti produktiviti, pencapaian dan peningkatan keseluruhan bagi setiap usahawan. Lawatan ini melibatkan wakil dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Pengarah SME Corp, wakil dari Entrepreneur Development Centre (EDC) dan wakil dari Pejabat Daerah Kluang
Terdapat dua usahawan yang terlibat dalam lawatan ini iaitu Usaha Jaya Farming (pengusaha puyuh) di kampung Parit Kassan, Ithnin Maarof, Simpang Renggam dan Saidina Food Industries (pengusaha jus dan pati jus) di Taman Kiaramas, Kluang.