LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN HALA TUJU MINI ‘URBAN TRANSFORMATION CENTRE’ (UTC) PASIR GUDANG DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, JOHOR

 
Tarikh: 28 Mac 2017 (Selasa)
Tempat: Bilik Perbincangan Pengurusan Kompleks, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor
Pengerusi: Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Ulasan: Cadangan penubuhan mini UTC Pasir Gudang di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor telah diperhalusi dan dipersetujui secara dasarnya oleh semua agensi yang terbabit berdasarkan kepadatan penduduk berjumlah 420,000 orang di kawasan Pasir Gudang yang kian pesat membangun dan dijangka melibatkan pertambahan penduduk yang ketara. Pembangunan Mini UTC ini juga bakal memberi perkhidmatan setempat kepada penduduk kawasan Pengerang dan Kota Tinggi.
Lawatan ke tapak cadangan UTC Pasir Gudang telah dilaksanakan selepas perbincangan hala tuju. Tapak cadangan pembinaan mini UTC adalah di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang seluas 28,403 kps dengan sewaan percuma untuk 3 (tiga) tahun pertama beroperasi