BENGKEL eCOMMERCE BERSAMA POS MALAYSIA

 

Tarikh: 27 Februari 2017 (Isnin)
Tempat: Intan Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang Johor
Ulasan: Pejabat Pembangunan Persekutuan telah menganjurkan satu sesi bengkel bersama Pos Malaysia berkaitan pelaksanaan eCommerce kepada usahawan Negeri Johor.
Seksyen Kesejahteraan Rakyat dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENj) berperanan untuk menyelaras senarai nama peserta program tersebut khususnya peserta SDSI (satu daerah satu industri) Negeri Johor.
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan khususnya usahawan SDSI berkenaan produk eCommerce oleh pihak Pos Malaysia yang dapat membantu dalam aktiviti pemasaran produk dan perkhidmatan mereka.