Pada masa sekarang, di antara fungsi - fungsi utama Pejabat Pembangunan Negeri Johor ( PPNJ ) adalah seperti berikut :
Mengesan dan menilai Dasar Wawasan Negara
Menyelaras peruntukan khas Y.B. Perdana Menteri, Y.B Timbalan Perdana Menteri, Menteri - menteri Persekutuan, Senator dan Ahli Parlimen
Menyalur maklumat berhubung dengan dasar dan program kerajaan persekutuan dari masa ke semasa ke peringkat negeri.
Menjadi urusetia Majlis Pembangunan Negeri Johor ( MPNg) dan Jawatankuasa kerja Pembangunan Negeri Johor (JKPNg).
Mengesan dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun( RMLT) dan projek pembangunan nasional di peringkat negeri
Menjadi pengerusi dan urusetia Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri Johor bagi projek - projek yang bernilai kurang dari RM20 juta.
Menjalin hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan daerah dan negeri
Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek - projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ) peringkat negeri Johor.
Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek - projek Kementerian Kewangan di peringkat negeri Johor
hyperlink
kenali johor
Paparan terbaik resolusi 1024 x 768 menggunakan Internet Explorer 5.0++ dan Netscape Navigator 6.0++